Cheng Hoe letak jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Cheng Hoe letak jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya

TAN CHENG HOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengambil tanggungjawab atas penyingkiran awal Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020, Tan Cheng Hoe hari ini meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan.

Cheng Hoe, 53, yang mengambil alih Harimau Malaya pada 2018 membuat keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM  menghormati keputusan tersebut dan  bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih.

“Jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang. Terima kasih. Selamat maju jaya juga kepada Cheng Hoe dalam meneruskan karier kejurulatihannya selepas ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya