KKM kaji beri dos keempat kepada penerima Sinovac


Kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale dan Kementerian Kesihatan Republik Dominican mendapati dua suntikan vaksin Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2022.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang mengkaji keperluan untuk memberi dos keempat kepada penerima vaksin Sinovac yang mendapat dos penggalak Pfizer-BioNTech, kata Khairy Jamaluddin.

Susulan itu satu kajian sedang dijalankan kumpulan teknikal KKM sebelum mengemukakan cadangan berkenaan kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), tambah menteri kesihatan pada sidang media hari ini.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan berita bahawa kajian yang dilakukan sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale dan Kementerian Kesihatan Republik Dominican, yang mendapati dua suntikan vaksin Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

“Kita telah terima berita tersebut, kumpulan teknikal sedang mengkaji maklumat yang diperoleh dan mereka akan buat syor kepada CITF,” katanya.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan buat masa ini. – 1 Januari, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen