Syarikat dari Melaka berminat adakan River Cruise Sungai Perak di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

Syarikat dari Melaka berminat adakan River Cruise Sungai Perak di Kuala Kangsar

ORANG  ramai menaiki bot pengusaha tempatan menyelusuri Sungai Perak di Dataran Lembah Sungai Perak di Kuala Kangsar, Perak. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) mengadakan perbincangan bersama sebuah syarikat dari Melaka untuk membuka River Cruise Sungai Perak bagi merancakkan aktiviti pelancongan di sini. 

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkhidmatan river cruise berkenaan bermula dari Jambatan Victoria di Karai sehingga di Dataran Lembah Sungai Perak di Pekan Kuala Kangsar. 

“Ada beberapa syarikat menunjukkan minat untuk mengoperasikan perkhidmatan river cruise di Kuala Kangsar tapi MPKK telah berbincang dengan sebuah syarikat dari Melaka. Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh syarikat swasta berkenaan tetapi kami dari MPKK akan membantu dengan mengenal pasti jeti yang sesuai untuk perkhidmatan ini,” katanya selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021, di D’ Village Resort, Karai, di sini, hari ini. 

Menurutnya, perkhidmatan river cruise tersebut melalui tiga jambatan yang menjadi tarikan di Kuala Kangsar iaitu Jambatan Victoria, Jambatan Sultan Iskandar dan Jambatan Sultan Abdul Jalil. 

“Mereka yang menaiki river cruise ini boleh menikmati pemandangan dari tengah sungai di samping akan melalui tiga jambatan di Kuala Kangsar di mana mereka boleh melihat seni bina serta kejuruteraan jambatan-jambatan berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya