Larangan jual minuman keras di kawasan majoriti Islam di Kuala Kangsar  - Utusan Malaysia

Larangan jual minuman keras di kawasan majoriti Islam di Kuala Kangsar 

ZULQARNAIN Mohamad (lapan dari kiri) bersama Ahli Majlis selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK di Kuala Kangsar, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini, bermula tahun depan..

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung hari ini. 

Bagaimanapun, menurut beliau, jualan minuman keras di kedai-kedai serbaneka di kawasan majoriti penduduk bukan beragama Islam masih dibenarkan dengan beberapa syarat dikenakan. 

“Perkara ini ada dibincangkan tetapi kita mesti mematuhi perundangan di peringkat Persekutuan serta akta-akta berkaitan dan enakmen-enakmen di peringkat negeri. Kita sudah boleh laksanakan dan tahun 2022, kita akan mulakan untuk kawasan yang memang sudah jelas majoriti Islam kita tidak akan benarkan, maka mereka yang bukan bergama Islam yang berada di situ boleh beli di tempat lain,” katanya  selepas Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 di sini, hari ini. 

Menurut Zulqarnain, buat masa ini terdapat sebuah kedai serbaneka di Puncak Bougainvillea di sini yang tidak dibenarkan menjual minuman keras kerana ia adalah kawasan majoriti Islam bagi menjaga sensitiviti penduduk di situ.

“Hanya di kawasan majoriti penduduk Muslim kedai serbaneka tidak dibenarkan menjual arak kerana kuasa itu telah ada sebelum ini iaitu dari segi kawalan lesen apabila kita keluarkan lesen, kita boleh letak syarat tidak dibenarkan menjual minuman  yang memabukkan untuk kedai itu sahaja,” katanya.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya