Reaksi terhadap Omicron keterlaluan - Utusan Malaysia

Reaksi terhadap Omicron keterlaluan

WILLIE WALSH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Syarikat penerbangan global mengecam kerajaan beberapa negara kerana memburukkan lagi kebimbangan terhadap Omicron melalui langkah penutupan sempadan secara mengejut dan menggesa ahli politik membenarkan pelancong membuat keputusan sendiri berdasarkan data saintifik.

Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Willie Walsh meramalkan, sekatan sempadan mengejut berikutan kemunculan Omicron akan dilonggarkan tidak lama lagi.

Namun, kata beliau, masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada pelancongan musim cuti akan terganggu.

“Kita tidak boleh menghentikan segala-galanya apabila varian baharu muncul,” kata Walsh dalam satu taklimat media.

Beliau turut berkata, larangan perjalanan yang tergesa-gesa telah menghukum negara seperti Afrika Selatan kerana melaporkan penemuan tersebut.

Bagaimanapun, beliau meramalkan kecemasan kesihatan terbaharu itu hanya bersifat sementara dan tidak akan memberi kesan kepada ramalan IATA bahawa perjalanan udara akan kembali ke tahap sebelum krisis mulai 2024.

Walsh berkata, pihak berkuasa persaingan harus menyiasat harga yang dikenakan untuk ujian Covid-19 yang dalam sesetengah kes tidak menggambarkan kos sebenar mereka.

Badan pemantau persaingan Britain berkata pada Ogos, mereka akan membantu kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat ujian Covid-19 jika mendapati mereka melanggar undang-undang pengguna, di tengah-tengah kebimbangan mengenai harga dan kebolehpercayaan ujian perjalanan PCR di negara itu.

“Saya berharap kerajaan dan pengawal selia persaingan bertindak dan mengelakkan pengguna ditipu. 

“Saya fikir kita perlu memahami bagaimana ia berlaku dan ke mana semua wang itu pergi,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya