Awesome TV tidak amal ambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut - Utusan Malaysia

Awesome TV tidak amal ambil pelakon berdasarkan jumlah pengikut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Stesen televisyen, Awesome TV, menegaskan bahawa pihaknya menetapkan prinsip asas dalam pengambilan selebriti khususnya pelakon untuk terlibat dalam setiap produksi stesen tersebut.

Perkara itu dipandang serius oleh pihak pengurusan Awesome TV dan menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adam Ilyas, pihaknya tidak mengutamakan jumlah pengikut media sosial tetapi menjadikan bakat dan penampilan sebagai kriteria utama dalam pemilihan.

“Awesome TV tidak mengamalkan diskriminasi dalam pemilihan pelakon khususnya kerana kami lebih fokus kepada bakat serta kandungan program dan kami percaya kepada pencungkilan bakat baharu yang sesuai untuk dijadikan pelapis industri.

“Personaliti media sosial seperti di Instagram, Tik Tok, Facebook dan sebagainya tidak semestinya mempunyai kebolehan yang sesuai untuk kandungan televisyen,”katanya.

Ilyas berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Ilyas juga memberi contoh telefilem Pang Pokok Ketapang yang meletakkan Amerul Affendi sebagai teraju utama juga telah berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 1 juta melalui Tonton TV.

“Telefilem tersebut turut menerima ciapan tertinggi melalui platform twitter yang memuji lakonan Amerul yang dilihat cukup menjiwai karakter melalui karya tersebut.Secara konklusifnya, sesebuah karya perlu ada keseimbangan untuk menjadikannya hebat dan diterima ramai.

“Bakat, strategi pemasaran, jalan cerita serta pengarahan yang baik adalah formula yang tepat untuk berjaya menarik tontonan masyarakat,”katanya.

Baru-baru ini, Amerul Affendi dan Zahiril Adzim secara berseloroh dan sinikal berkongsi kisah di media sosial berhubung tindakan membeli pengikut demi untuk “menurut” kemahuan stesen TV.

Manakala Namron pula pernah memuat naik foto separuh bogelnya, juga demi menyahut cabaran stesen TV yang mahukan barisan pelakon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 juta pengikut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.