'Kabinet Malaysia? Timbalan pula sampai dua' - Maszlee - Utusan Malaysia

‘Kabinet Malaysia? Timbalan pula sampai dua’ – Maszlee

MASZLEE MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik ketika memberikan maklum balas di Twitter mengenai senarai Kabinet Jerman yang dikatakan cuma 17 orang.

Merujuk kepada Kabinet Canselor baharu Jerman, Olaf Scholz, Maszlee berkata, beliau suka melihat negara-negara maju menggabungkan portfolio pendidikan dan penyelidikan.

Untuk itu beliau membandingkan Kabinet Malaysia yang terbahagi kepada tiga iaitu Kementerian Pendidikan; Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Timbalan (Timbalan Menteri) pula sampai dua,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan membalas ciapan seorang netizen yang membandingkan jumlah Kabinet Malaysia dan Jerman.

“Ini Parlimen Jerman yang baharu. 17 orang termasuk Canselor. Ada satu negara tu, timbalan sampai dua orang, siap ada duta khas, penasihat itu ini,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya