Lulus nyanyi lagu Tok Ti, Suki Low terharu - Utusan Malaysia

Lulus nyanyi lagu Tok Ti, Suki Low terharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Suki Low, 30, meluahkan rasa terharu apabila persembahannya pada konsert minggu ketiga program berkenaan mendapat pujian daripada kalangan peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut penyanyi tersebut, bukan mudah untuk membawakan lagu Badarsila nyanyian asal penyanyi nombor satu negara itu dan dia tentunya perlu memastikan membuat yang terbaik demi tidak menghampakan peminat-peminat.

“Sebenarnya, saya sendiri risau nak bawakan lagu Badarsila itu. Tetapi tetap mahu mencuba melakukan yang terbaik.

“Terima kasih banyak-banyak atas semua sokongan anda dan saya harap ia tidak mengecewakan anda semua sebab saya dah cuba yang terbaik untuk tidak mengecewakan semua pihak.

“Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan ucapan anda semua” ujar Suki.

Suki pada minggu lalu, menduduki kedudukan keempat dengan perolehan markah 78.60% mendapat pujian ramai setelah berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik.

Malah, maestro muzik yang juga juri tetap GV8,Datuk Ramli MS turut memuji kemerduan suara dan persembahan penyanyi tersebut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Suki turut mengulas mengenai busananya yang turut mendapat pujian ramai sehingga diibaratkan persis Mahsuri.

Jelas Suki, penampilannya itu mendapat sentuhan Calvin Thoo namun tidak menyangka ia seakan mengingatkan segelintir orang kepada lagenda Pulau Langkawi.

“Baju ini adalah rekaan Calvin Thoo. Sebenarnya saya tak sangka ada beberapa orang tegur termasuk kawan cakap penampilan saya malam ini cantik dan saling tak tumpah macam potret lukisan Mahsuri” katanya lagi.

Untuk info, pada minggu hadapan Suki bakal membawakan lagu popular Hael Husaini berjudul Jampi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya