PRN Sarawak: Proses penamaan calon tamat - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Proses penamaan calon tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 yang berlangsung serentak di 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) selesai pada pukul 10 pagi ini.

Antara pusat penamaan calon yang menjadi perhatian ramai ialah Gedong yang ditandingi Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg-GPS); Padungan (Pengerusi PH-DAP Sarawak, Chong Chien Jen); Bawang Assan (Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh); Ba’kelalan (Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian); Beting Maro (calon Pas, Mohamad Arifriazul Paijo) dan Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang akhbar urusan penamaan calon PRN Sarawak pada pukul 11.30 pagi di Auditorium, Bangunan Sultan Iskandar, di sini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya