Kerajaan belanja dana besar untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak - Utusan Malaysia

Kerajaan belanja dana besar untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebanyak 1,022 sekolah-sekolah daif di negeri ini sudah dikenal pasti untuk dibaik pulih bagi memastikan masyarakat setempat terutama pelajar sekolah mendapat pendidikan sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan memperuntukan sejumlah dana yang besar untuk menyelesaikan masalah sekolah-sekolah dan rumah guru daif dengan kadar segera.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut secara khusus jumlah perbelanjaan yang akan digunakan.

“Tiada kompromi dari segi pendidikan, kerana sekolah yang selesa tentulah memberikan semangat para pelajar untuk menerus pembelajaran,” katanya semasa berucap di majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat, di ibu negeri malam ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dalam pada itu, beliau mengulangi kenyataannya dalam program berlainan siang tadi bahawa kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan mesti sama bagi memastikan pembangunan di negeri ini terus berjalan sekaligus dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada di bawah teraju Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg perlu dikekalkan supaya projek-projek sedia yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri terus berjalan.

“Saya tidak boleh membayangkan bagaimana saya mahu membantu Sarawak kalau kerajaan negeri ini ditukar kepada kerajaan lain.

“Sukar untuk kita teruskan pembangunan, sebab itulah saya doakan,kalau boleh warga Sarawak, pemimpin-pemimpin masyarakat di Sarawak untuk meneruskan pembangunan ini pastikan kerajaan yang ada terus dikekalkan supaya pembangunan dapat diteruskan.

“Jadi, kepada pemimpin pemimpin masyarakat di akar umbi, bekerjalah dari sekarang untuk pastikan kita kekalkan kerajaan sedia ada bagi meneruskan segala perancangan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya