Pas hanya bertanding satu kerusi di Beting Maro - Utusan Malaysia

Pas hanya bertanding satu kerusi di Beting Maro

TUAN Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) menyampaikan watikah calon kepada calon Pas bagi Dun Beting Maro, Mohammad Arifiriazul Paijo yang turut disaksikan oleh Pesuruhjaya Pas Sarawak, Jofri Jaraiee (tengah) sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pas memutuskan bertanding hanya satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini, berbanding 11 kerusi pada 2016.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya meletakkan Mohammad Arifiriazul Paijo sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro.

Katanya, keputusan untuk bertanding di satu kerusi sahaja adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya situasi Covid-19 dan hubungan baik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Memang sebelum ini kita bertanding 11 kerusi, jauh beza dengan kali ini tetapi kita ada sokongan baik dan mahu memberi fokus kepada jentera sedia ada dan tidak libatkan jentera luar.

“Jadi kita harap calon Pas diterima baik di Beting Maro, kita sudah bertanding sejak 2001 lagi dan prestasi semakin baik setiap kali pilihan raya.

“Pas juga bukan asing lagi di Beting Maro sebab Pas selalu melakukan kerja-kerja kebaikan dan kemanusiaan sepanjang waktu, bukan masa pilihan raya sahaja,” katanya dalam sidang akhbar khas hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya