Lelaki diheret, maut akibat cuaca panas - Utusan Malaysia

Lelaki diheret, maut akibat cuaca panas

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang diheret keluar pengawal keselamatan dan ditinggalkan di tepi jalan di Ara Damansara di sini dipercayai maut akibat cuaca panas.

Malah aksi itu turut tular menerusi sebuah video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semakan pihaknya mendapati kejadian berlaku pada pukul 6.01 petang, 15 Oktober lalu.

Katanya, lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang hadir ke lokasi.

“Mayat dibawa ke Unit Patologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan hasil laporan awal, tiada kesan kecederaan fizikal dan dalaman yang boleh menyebabkan kematian.

“Siasatan di lokasi turut dijalankan unit forensik malah bebas termasuk pengawal keselamatan terbabit telah diambil keterangan untuk membantu siasatan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya masih menunggu laporan lengkap untuk mengesahkan punca kematian.

Bagaimanapun, pihaknya masih menjalan siasatan lanjut berkaitan kejadian itu termasuk sama ada mangsa sudah meninggal dunia atau tidak ketika diheret keluar pengawal keselamatan.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan sekiranya laporan diterima menjurus kepada perlakuan jenayah atau kecuaian yang menyebabkan kematian mangsa, tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dan memastikan kesahihan berita sebelum menularkannya.

Tular dalam media sosial dua rakaman video masing-masing berdurasi seminit 31 saat dan seminit lapan saat tular di media sosial menunjukkan dua pengawal keselamatan mengheret seorang lelaki ke tepi jalan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya