Lelaki 'kantoi' cuba dapatkan vaksin Covid-19 guna 'lengan palsu' - Utusan Malaysia

Lelaki ‘kantoi’ cuba dapatkan vaksin Covid-19 guna ‘lengan palsu’

LENGAN palsu yang digunakan seorang lelaki ketika ingin mendapatkan vaksin Covid-19 di Itali. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Seorang lelaki tempatan berdepan tuduhan melakukan penipuan serius selepas ditahan cuba mendapatkan vaksin Covid-19 dengan memakai ‘lengan palsu’.

Newsweek melaporkan, tindakan itu disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’ oleh pegawai tempatan.

Lelaki itu, dilaporkan berusia 50-an, cuba mendapatkan ‘pas hijau’ atau sijil vaksinasi Covid-19 secara menipu.

Dia memakai silikon prostetik pada badannya ketika janji temu vaksinasi di Biella, sebuah bandar berhampiran Turin di wilayah utara Piedmont, Itali.

‘Pas Hijau’ pertama kali diperkenalkan di negara ini pada Ogos lalu dan diwajibkan bagi pekerja yang mahu memasuki premis pekerjaan, bermula Oktober lepas.

Menurut laporan, lelaki tersebut datang ke hab vaksin Covid-19 dan menandatangani borang kebenaran di depan doktor dan mengangkat lengan bajunya, bersedia untuk menerima vaksin.

Bagaimanapun, pegawai kesihatan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dan meminta lelaki itu menanggalkan bajunya.

Pegawai tersebut, Filippa Bua memberitahu La Repubblica, warna lengan lelaki itu membuatkannya curiga dan meminta lelaki tersebut mendedahkan seluruh lengan kirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya