LADA sokong ujian Covid-19 tambahan terhadap pelancong asing - Utusan Malaysia

LADA sokong ujian Covid-19 tambahan terhadap pelancong asing

PELANCONG asing yang tiba di Langkawi perlu melakukan ujian saringan Covid-19 tambahan pada hari ketiga dan kelima berada di pulau peranginan itu. - UTUSAN/SHAHIR NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Tindakan kerajaan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 tambahan terhadap pelancong asing di bawah gelembung pelancongan antarabangsa disokong oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Unit Komunikasi Korporat LADA dalam satu kenyataan berkata, LADA yakin langkah itu akan memastikan pulau peranginan itu bebas daripada varian yang dibimbangi (VOC) Omicron.

“Pelancong perlu menjalani ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) pada hari ketiga dan kelima semasa berada di Langkawi.

“Ini dapat memastikan Langkawi adalah bebas daripada Covid-19, varian Omicron,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LADA juga berharap penerbangan terus perlu disekat bagi negara yang mempunyai kes Omicron.

Setakat ini, lapan buah negara tidak dibenarkan masuk ke Langkawi adalah Afrika Selatan; Botswana; Eswatini; Lesotho; Mozambique; Namibia; Zimbabwe dan Malawi.

Selain itu, pelancong yang berada dalam tempoh 14 hari di negara yang mempunyai kes varian Omicron juga tidak dibenarkan masuk ke Langkawi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan terdapat satu kes VOC Omicron melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun.

Individu itu merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.

Susulan itu, semua pengembara yang tiba di Langkawi untuk gelembung pelancongan antarabangsa perlu menjalani ujian pengesanan RTK-Ag Covid-19 secara profesional tambahan, pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya