BN tak tanding PRN Sarawak, nyatakan sokongan terhadap GPS - Utusan Malaysia

BN tak tanding PRN Sarawak, nyatakan sokongan terhadap GPS

PEMIMPIN UMNO dan Barisan Nasional mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari Tun Openg di Kuching, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam catatannya di Twitter berkata, kunjungan itu sebagai menyatakan sokongan BN secara rasmi terhadap GPS dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut beliau, BN berharap GPS akan menang besar dalam pilihan raya yang dijadual diadakan 18 Disember ini.

Turut hadir dalam kunjungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

GPS dianggotai Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

BN tidak akan menurunkan sebarang calon dalam PRN Sarawak dan menyatakan tidak akan ‘mengkhianati’ rakan (GPS).

DUN Sarawak sepatutnya dibubarkan setelah mencapai tempoh matang lima tahun pada 7 Jun lalu namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana tertakluk kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang sudah dibatal dan diungkaikan oleh kerajaan.

Pada 31 Julai lalu, Sarawak diisytiharkan darurat selama enam bulan sehingga 2 Februari 2022 selaras di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 diterbitkan dalam Warta Persekutuan, pada 30 Julai lalu dan berkuat kuasa mulai 2 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya