Penduduk dunia akan hadapi 'tsunami long Covid' 3 ke 5 tahun lagi - Utusan Malaysia

Penduduk dunia akan hadapi ‘tsunami long Covid’ 3 ke 5 tahun lagi

JANGKITAN Covid-19 boleh berlaku sekiranya orang ramai mengabaikan SOP. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Epidemiologi Universiti Griffith, Australia, Dicky Budiman menegaskan penduduk dunia akan menghadapi ‘tsunami long Covid’ dalam tiga hingga lima tahun ini.

CNN Indonesia melaporkan, menurut Dicky, kejadian ‘tsunami’ itu bukan hal yang pelik.

Ini kerana menurutnya, perkara itu jelas disebutkan dalam sumber literatur mengenai pandemik virus.

“Long Covid ini akan jadi tsunami, akan jadi tsunami dunia mungkin tiga ke lima tahun ke depan dan itu bukan hal pelik dalam setiap pandemik virus,” katanya.

Jelasnya, kejadian ‘long Covid’ dalam jumlah yang banyak itu akan mengakibatkan kualiti sumber daya manusia menurun.

Selain itu beliau berkata, perubahan iklim yang kini menjadi ‘momokan’ di kebanyakan negara di dunia adalah berkaitan dengan wabak tersebut.

Dicky menjelaskan, perubahan iklim akan menyebabkan habitat haiwan liar hilang atau berkurangan, akibatnya bilangan beberapa spesies di dunia juga akan berkurangan, malah akan pupus.

Ini tegasnya, akan membuatkan virus atau parasit pada haiwan yang pupus itu mencari ‘perumah baharu’, mungkin pada haiwan lain atau manusia.

“Bilangan virus di dunia adalah lebih kurang 1.6 juta jenis. Separuh daripada 1.6 juta virus berpotensi menyebabkan penyakit pada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.