Semua pihak perlu elak tindakan provokatif Laut China Selatan - Utusan Malaysia

Semua pihak perlu elak tindakan provokatif Laut China Selatan

BEBERAPA kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) melalui Laut China Selatan pada 7 Oktober 2019. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan dengan semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan.

Perdana Menteri menyatakan pendirian tersebut ketika menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatnya daripada Jepun, Fumio Kishida hari ini.

“Saya menekankan pendirian jelas dan tegas berkenaan Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu mengelakkan sebarang tindakan berunsur provokatif yang akan menambah ketegangan, mengawal tindakan dan menekankan bahawa Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan perdagangan yang aman dan stabil,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, menerusi panggilan telefon tersebut, Malaysia dan Jepun menyatakan kesediaan untuk sama-sama memperkukuh hubungan dua hala antara yang terjalin sekian lama.

Kata beliau, kedua-dua turut membincangkan perkara-perkara berkepentingan bersama khususnya mengenai usaha memperkembangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, perdagangan, industri pertahanan serta pembangunan sumber manusia.

“Malaysia juga mengalu-alukan penubuhan kampus luar negara pertama Universiti Tsubuka di Malaysia oleh negara Matahari Terbit itu.

“Kami turut bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Myanmar dan Semenanjung Korea, ASEAN Outlook on Indo-Pacific dan Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership.

“Kishida dan saya bersetuju untuk mempertingkat rundingan erat bagi memperkukuh kerjasama di bawah Perkongsian Strategik,” katanya.

Pada bulan lalu, Kishida dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun selepas parti pakatan pimpinannya memenani majoriti undian pilihan raya umum yang diadakan.

Parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan pakatannya, Komeito memenangi 293 daripada 465 kerusi di Parlimen.

Sebelum ini, pakatan parti tersebut memenangi sebanyak 305 kerusi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya