Thailand mungkin laksana perintah berkurung jika dijangkiti Omicron - Utusan Malaysia

Thailand mungkin laksana perintah berkurung jika dijangkiti Omicron

: PELAJAR Sekolah Islam Attarkiyah mengambil bacaan tekanan darah sebelum menerima suntikan vaksin Pfizer di Hospital Narathiwat.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand berkemungkinan melaksanakan perintah berkurung sekiranya varian baharu Covid-19 Omicron dikesan di negara itu.

The Bangkok Post melaporkan, agensi berkaitan diarahkan meneruskan pemantauan terhadap situasi semasa dan Kementerian Kesihatan akan menyemak pembukaan semula sempadan negara dalam tempoh dua minggu.

Sathit Pitutecha dari Kementerian Kesihatan berkata, orang ramai tidak perlu panik dan pihak berkuasa di sempadan berusaha meningkatkan kawalan bagi mengelakkan sebarang kemasukan migran secara haram dan mengelak pemeriksaan kesihatan.

Katanya, perintah berkurung belum dibincangkan lagi, tetapi pihak kerajaan akan terus memantau perkembangan penularan varian tersebut.

“Situasi semasa dipantau secara rapat dan sebarang langkah akan dinilai terlebih dahulu berdasarkan maklumat baharu yang diterima.

“Sekiranya varian Omicron dikesan berada di Thailand, negara ini akan berhadapan dengan perintah berkurung baharu.

“Ia adalah polisi perdana menteri dan beliau akan membuat keputusan segera,” katanya.

Menurut Sahit, cadangan pembukaan semula premis hiburan masih diteruskan pada 16 Januari depan bergantung kepada Omicron yang belum dikesan di negara ini.

Beliau turut menegaskan tentang pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, penjarakan fizikal, mengimbas suhu badan dan penggunaan aplikasi Thai Chana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya