Mahu pinjam RM10,000 tetapi ibu tunggal rugi RM17,800

Mahu pinjam RM10,000 tetapi rugi RM17,800

HO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang ibu tunggal berputih mata apabila hasrat untuk meminjam sebanyak RM10,000 tidak kesampaian malah dia mengalami kerugian sebanyak RM17,800.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 28 tahun dipercayai terpedaya dengan iklan pinjaman tidak wujud di Facebook.

Dia kemudian yang berminat untuk membuat pinjaman tersebut telah menekan pautan yang diberikan.

Selepas itu, mangsa menerima mesej menerusi WhatsApp memaklumkan perlu membayar sebanyak RM1,000 untuk urusan pinjaman.

“Mangsa membuat pindahan wang secara dalam talian berjumlah RM1,000 ke akaun bank milik seorang lelaki. Mangsa juga diminta masukkan wang berjumlah RM2,000 untuk urusan insurans dan mangsa telah masukkan wang tersebut ke akaun bank lelaki lain sebelum diminta lagi membuat pembayaran RM2,800 ke dalam akaun bank sama.

“Pada pukul 10.40 pagi semalam, mangsa menerima mesej daripada nombor yang sama memberitahu sistem untuk memproses pinjamannya mempunyai masalah dan diminta membayar RM4,000 dan diminta pula membuat dua kali pindahan wang ke akaun yang sama berjumlah RM8,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa tidak melayan lagi permintaan tersebut setelah menyedari dirinya tertipu.

Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bahau dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya