Banjir di Kedah pulih 


KEADAAN banjir di Kedah pulih sepenuhnya dengan semua mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mohd Muaz Mohd Yusof berkata PPS Sekolah Kebangsaan Gunung, di Alor Setar yang merupakan satu-satunya PPS yang masih beroperasi, telah ditutup pada 4 petang tadi.

“PPS itu yang menempatkan seramai 42 mangsa daripada 15 keluarga telah ditutup 4 petang tadi dan semua mangsa telah dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di kediaman mereka pulih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, dua PPS iaitu Dewan Kampung Lahar dan Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang di Daerah Kubang Pasu turut ditutup selepas keadaan banjir di daerah tersebut pulih.

Banjir di kedua-dua daerah itu berlaku sejak Sabtu dan Selasa lepas ekoran hujan lebat yang menjejaskan beberapa kawasan kampung dan menenggelamkan beberapa batang jalan. – Bernama, 26 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen