UMNO tentukan kerjasama dengan Pas malam ini - Utusan Malaysia

UMNO tentukan kerjasama dengan Pas malam ini

AB. Rauf Yusoh tiba di Menara Dato Onn bagi menyertai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini dijangka membuat keputusan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tiba di Menara Dato Onn kira-kira 8.30 malam tadi.

Turut kelihatan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Mesyuarat itu diadakan sehari selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam majlis pelancaran jentera BN.

Pendirian tersebut secara tidak langsung mengesahkan bahawa akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Namun, UMNO sehingga kini masih belum mengesahkan sama ada akan bekerjasama dengan Pas, meskipun kedua-dua parti itu bekerjasama secara rasmi dibawah Muafakat Nasional (MN), yang membantu kepada kemenangan pilihan raya kecil (PRK) antaranya kerusi Parlimen Cameron Highlands, Parlimen Tanjung Piai dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Bagaimanapun, Pas yang sudah menjadi sebahagian dalam PN, masih terbuka untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRN Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 8 November, hari undi awal pada 16 November ini dan hari mengundi pada 20 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya