Zahid ulangi pendirian BN tidak bekerjasama dengan Bersatu


Ravin Palanisamy

BARISAN Nasional (BN) tidak akan bekerjasama pada pilihan raya negeri Melaka bagi menghormati keputusan yang dibuat pada perhimpunan agung Umno, kata pengerusi gabungan itu Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata Umno tidak akan “ditikam dari belakang” di Melaka seperti yang berlaku pada pilihan raya Sabah tahun lepas.

“Kita tidak akan dimanipulasi dan jadi alat tunggangan lagi. Kita perlu hormati keputusan yang dibuat pada perhimpunan agung Umno.

“Saya tidak akan biarkan ular yang menggigit kita pada pilihan raya Sabah akan gigit kita lagi untuk kali kedua,”

“Kita tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya Melaka,” kata Zahid pada pelancaran jentera pilihan raya BN.

Zahid yang juga presiden Umno berkata keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bukan keputusannya tetapi akar umbi, yang menurutnya mesti dihormati.

“Sebagai presiden Umno, saya mesti menerima dan menghormati suara akar umbi,” katanya.

Zahid juga berkata mereka akan mencadangkan perubahan dalam perlembagaan negeri sekiranya BN memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga.

“Kami akan mendesak pindaan perlembagaan negeri untuk mewujudkan lima jawatan Adun yang dilantik,” katanya. – 27 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen