'Dia anak muda, sepatutnya jalani pemulihan, bukan dibicarakan', ikat jamin anak Shah Rukh Khan petang ini - Utusan Malaysia

‘Dia anak muda, sepatutnya jalani pemulihan, bukan dibicarakan’, ikat jamin anak Shah Rukh Khan petang ini

GARA-GARA kes dadah Aryan, Shah Rukh Khan pula terkena tempiasnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Aryan Khan, anak lelaki kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, ditangkap secara salah dengan ‘tiada pengambilan atau pemilikan dadah’ pada tertuduh.

Demikian ditegaskan bekas Peguam Negara, Mukul Rohatgi yang mewakili anak pelakon itu ketika permohonan ikat jamin di Mahkamah Tinggi Bombay.

NDTV melaporkan, menurut beliau, kes melibatkan kuantiti kecil dadah yang memerlukan pemulihan dan bukannya hukuman penjara.

Aryan Khan terpaksa bermalam sekali lagi di penjara selepas pendengaran permohonan ikat jamin akan disambung petang nanti.

Dilabel ‘Tertuduh No. 1’ dalam kes itu, dia dipenjarakan sejak 8 Oktober lalu selepas ditahan dalam serbuan dadah di sebuah parti kapal persiaran, 2 Oktober, oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB).

Mukul Rohatgi berhujah, kes terhadap Aryan adalah berdasarkan kepada perbualan lama di WhatsApp yang tidak relevan dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku ketika parti di kapal persiaran itu.

“Tiada pengambilan (dadah), dan oleh itu, tidak perlu tahan dia (Aryan). Dia adalah anak muda, mereka boleh dihantar ke pemulihan dan tidak perlu menjalani perbicaraan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya