Angka pesakit Covid-19 di ICU menurun kepada 601 orang


Aminah Farid

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 601 kes, 522 pesakit disahkan positif manakala selebihnya masih dalam siasatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober 2021.

JUMLAH pesakit Covid-19 di unit rawatan rapi menurun lagi kepada 601 orang setakat tengah hari tadi berbanding 620 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 522 pesakit disahkan positif manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Sementara itu, jumlah pesakit yang memerlukan bantuan penafasan di ICU meningkat dua pesakit berbanding semalam daripada 297 kepada 299 orang pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak 222 positif Covid-19 manakala 77 lagi masih dalam siasatan.

Negara menyaksikan trend penurunan kes dalam kemasukan ke ICU serta pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sejak beberapa hari lalu.

Noor Hisham juga melaporkan 6,978 kes pulih melebihi 5.666 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kumulatif yang dikeluarkan adalah 2.3 juta.

Daripada 5,666 kes baharu hari ini, 5,559 adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) dan 2 (bergejala ringan), manakala 107 dalam kategori jangkitan yang lebih teruk (3 hingga 5).

Beliau juga melaporkan tiga kluster jangkitan baharu, masing-masing satu di tempat kerja, dalam kalangan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kepada 539. – 24 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen