CEO ditahan tipu wang pelaburan RM9.6 juta - Utusan Malaysia

CEO ditahan tipu wang pelaburan RM9.6 juta

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam penipuan wang pelaburan berjumlah lebih RM9.6 juta.

Penahanan reman CEO berusia 52 tahun itu bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi siasatan lanjut. 

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengarah syarikat yang berpangkalan di Indonesia.

Kata sumber itu, wang berkenaan disyaki digunakan suspek sebagai pelaburan dengan hasil daripada wang haram daripada Hong Kong dan Indonesia

“Suspek juga disyaki terlibat menggunakan hasil kewangan daripada sebuah perhotelan di Uzbekistan untuk pelaburan di syarikat berkenaan.

“Sehubungan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 16 (a) (A) akta SPRM 2009,” jelas sumber itu. 

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan, SPRM mengesan taktik penjenayah profesional mengupah peguam terkemuka bagi mempertahan aktiviti penipuan memperdaya mangsa membuat penipuan pelaburan.

Tindakan itu sekali gus menjadi antara  punca banyak tangkapan dan siasatan dilakukan pihak berkuasa sebelum ini tiada pertuduhan.

Sindiket penipuan ini juga menggunakan perniagaan-perniagaan besar seperti perlombongan, hartanah serta perhotelan yang berpangkalan di luar negara untuk menarik mangsa melabur dalam skala yang besar

Sindiket itu juga licik kerana menggunakan kepakaran mereka dalam bidang profesional  dengan melakukan transaksi pelaburan seolah-olah mengikut undang-undang yang sah.

Menerusi modus operandi berkenaan menyebabkan ramai mangsa bagaikan `dipukau’ oleh sindiket ini untuk melabur dengan begitu mudah dan dalam nilai jutaan ringgit. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.