Melaka dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Melaka dilanda banjir kilat

HUJAN lebat mengakibatkan paras air naik mendadak di kawasan rendah ketika tinjauan di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sekurang-kurangnya 11 kawasan dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengah hari tadi.

MPHTJ memaklumkan, antara kawasan yang terlibat ialah Taman Bukit Melaka, Kampung Telok, Taman Melawis, Kampung Sungai Putat, Taman Malim Permai, Taman Bukit Beruang Utama dan Kampung Bukit Tambun.

Perpustakaan Tehel dan Taman Sutera Wangi pula dilaporkan dilanda banjir lumpur.

Selain itu, turut terlibat ialah Jalan Lebuh Ayer Keroh dan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dengan paras air dilaporkan sehingga paras lutut.

Dalam pada itu, MPHTJ memantau beberapa lokasi lain seperti Taman Bukit Beruang Bestari, Kampung Lubok Kasau dan Kampung Paya Keladi. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya