PRN Melaka: DAP sokong guna logo PH - Utusan Malaysia

PRN Melaka: DAP sokong guna logo PH

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP Pusat dan negeri sebulat suara menyokong menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, malah pihaknya menyokong penuh pencalonan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai Ketua Menteri Melaka untuk mewakili pakatan parti itu dalam pilihan raya berkenaan.

Beliau kemudian menegaskan bahawa DAP menolak pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee untuk mewakili PH dalam pilihan raya negeri kerana telah mengkhianati mandat rakyat dengan menyokong kerajaan sebelum ini. 

“DAP Kebangsaan dan negeri Melaka sebulat suara bersetuju menggunakan logo PH sebagai lambang perjuangan pilihan raya negeri kali ini serta menyokong saudara Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
“Kami juga menolak Norhizam yang telah mengkhianati mandat rakyat untuk bertanding dalam PRN sebagai calon PH,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Guan Eng menjelaskan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memanggil semua parti politik tanpa memihak kepada parti pemerintah untuk bincang tentang SOP PRN agar pilihan raya dapat dijalankan dengan adil, bebas, berkecuali dan bersih serta selamat tanpa melumpuhkan perjalanan demokrasi.

“Biar rakyat buat keputusan tanpa dikongkong, diugut, difitnah atau disogok politik wang. Rakyat Melaka berhak mendapat kerajaan yang mewakili dan menjaga semua tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama,” jelas beliau.

Terdahulu, Guan Eng memaklumkan beliau dan kepemimpinan DAP telah menjelajah seluruh negeri Melaka dan turun padang melawat lebih 500 ahli-ahli akar umbi dalam 10 DUN di Paya Rumput, Pengkalan Batu, Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Duyong, Ayer Keroh, Bemban, Gadek, dan Lendu untuk meninjau persiapan operasi kempen pilihan raya.

“Semboyan pilihan raya negeri Melaka berbunyi disebabkan pergolakan dalaman kerajaan negeri Barisan Nasional-Perikatan Nasional (PN) Melaka dan tindakan salah Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Ali menasihatkan Yang Dipertua Negeri untuk bubar DUN maka PH Melaka tiada pilihan selain mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

“Pada masa yang sama menggerakkan jentera bersiap sedia untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri pada 20 November,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya