Kes Covid-19 di Sarawak turun kepada 3 angka


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, hanya 21 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Oktober 2021.

JUMLAH jangkitan harian Covid-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 730 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 1,055 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, hanya 21 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 709 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 231,530.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 199 kes diikuti Sibu (98) dan Miri (91),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, 13 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 11 Oktober hingga semalam manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 54. – Bernama, 17 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen