Guru perlu akur divaksin- PM - Utusan Malaysia

Guru perlu akur divaksin- PM

ISMAIL SABRI Yaakob (tengah) berbual dengan pelajar selepas gimik penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik Kementerian Pendidikan kepada pelajar sekolah dalam Parlimen Bera di SMK Bera, Bandar 32 Felda Sebertak di Bera, Pahang. -UTUSANSALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Para guru seharusnya akur dengan arahan Kementerian Pendidikan bahawa setiap mereka perlu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 sebelum bersemuka dengan pelajar di sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, guru antara yang tertinggi daripada segi jumlah yang belum menerima suntikan vaksin berkenaan jika dibandingkan dengan lain-lain jabatan.

Tegasnya, walaupun kerajaan tidak memaksa atau mewajibkan pengambilan vaksin setakat ini, tetapi guru perlu akur keperluan melengkapkan dua dos vaksinasi.

“Kementerian Pendidikan menekankan perlunya guru divaksin sebelum sesi bersemuka dengan pelajar.

“Guru yang tidak divaksin bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi juga merbahaya kepada rakan guru dan pelajar terutama mereka di bawah usia 18 tahun di sekolah rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Peranti Komputer Program Cerdik Kementerian Pendidikan kepada 1,093 pelajar Parlimen Bera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera, Bandar 32 Felda Sebertak di sini hari ini.

Ismail Sabri berharap guru yang belum mendapat vaksin supaya segera berbuat demikian demi melindungi diri sendiri, rakan guru dan pelajar.

Beliau dalam pada itu berkata, golongan yang belum lengkap dua dos vaksin Covid-19 hilang keistimewaan antaranya seperti larangan rentas negeri.

Katanya, mereka juga tidak boleh pulang ke kampung untuk berjumpa ibu bapa dan sanak saudara.

“Sedangkan orang lain yang lengkap dua dos boleh beraktiviti seperti biasa dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya