Sejarah bahasa isyarat - Utusan Malaysia

Sejarah bahasa isyarat

MENTERI Pertama Scotland, Nicola Sturgeon menunjukkan cara berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat semasa mengadakan lawatan di Sekolah Rendah Castleton, Glasgow.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FUNGSI pendengaran yang terganggu sama ada secara sementara atau kekal sememangnya menyukarkan komunikasi.

Disebabkan itu, bahasa isyarat digunakan sebagai medium berkomunikasi bagi golongan bisu dan individu yang mempunyai masalah pendengaran.

Bahasa isyarat ternyata mempermudahkan urusan semua individu yang mempunyai masalah pendengaran dan sosok pertama mempeloporinya amat berjasa kepada dunia. 

Berdasarkan laporan pelbagai sumber, bahasa isyarat pertama kali diajarkan oleh seorang doktor bernama Geronimo Cardano dari Padua, Itali, pada abad ke-16. 

Dr. Cardano mempercayai golongan orang kurang upaya (OKU) tersebut diajar dengan memahami simbol tertentu.

Caranya adalah dengan menyesuaikan simbol dengan benda yang dilihat. 

Beliau mula memahami kaedah itu ketika mengajar bahasa tulisan kepada anak lelakinya yang pekak. 

Beliau akhirnya menyedari anaknya memahami perkara sama seperti kanak-kanak lain yang tidak mempunyai masalah pendengaran.

Pada 1775, seorang Ketua Biara, Charles Michel de L’Epee dari Paris mendirikan sebuah sekolah percuma pertama bagi golongan pekak. 

L’Epee mengajar golongan tersebut untuk berkomunikasi dengan gerakan, tanda jari dan tangan. 

Mereka dilatih membentuk huruf menggunakan jari. 

Bahasa isyarat akhirnya tersebar ke Amerika Syarikat selepas seorang pendidik, Thomas Hopkins Gallaudet diundang ke Paris bagi mempelajari bahasa tersebut. 

Hingga saat ini, sudah banyak bahasa isyarat yang diguna pakai di setiap negara. 

Bahkan beberapa sosok penting di dunia yang amat terkenal turut mempunyai masalah pendengaran.

Contohnya, Ludwig van Beethoven yang merupakan seorang komposer dan pemain piano berasal dari Jerman yang mempunyai masalah tersebut sejak berusia 28 tahun.

Bagaimanapun, kekurangan itu tidak pernah menghalang dirinya terus berkarya dan menghasilkan muzik.

Selain itu, wanita genius bernama Helen Keller merupakan seorang pensyarah dan penulis buku yang dikenali sebagai individu pekak dan buta pertama yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.-AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya