‘Saya bersumpah setiap sen sumbangan sumber duit halal’ - Utusan Malaysia

‘Saya bersumpah setiap sen sumbangan sumber duit halal’

KUAN Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang bersumpah bahawa setiap satu sen duit sumbangan diterimanya untuk tujuan program kebajikan adalah sumber halal dan bukannya daripada aktiviti haram.

Uncle Kentang membuat pengakuan itu dalam Facebook beliau bagi menjawab dakwaan beberapa pihak yang mendakwa bahawa segala hasil sumbangan diterima aktivis untuk semua bantuan dijalankan selama ini adalah bersumberkan hasil bertentangan undang-undang negara.

Beliau menegaskan setiap sen duit bantuan adalah hasil sumbangan orang ramai.

“Saya dengan ini bersumpah dan mengaku bahawa duit sumbangan yang saya terima adalah halal dan tidak lain dari yang tak halal. Jangan jadi kekok dan tanya saya adakah duit sumbangan yang saya terima itu halal atau tidak atau perkhidmatan ambulan kita beri adakah dari hasil halal atau sumbangan halal.

“Saya mengaku dan bersumpah segala usaha yang kita buat adalah halal. Tatkala makcik sakit dan tak mampu naik ambulan untuk rawatan, mananya manusia yang halal itu pergi bantu beliau,” katanya.

Menurut Uncle Kentang, beliau sedih dan penat apabila usaha selama ini dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Sejak kebelakangan ini, tular bahawa sumbangan wang diterima Uncle Kentang untuk semua program kebajikan adalah hasil duit aktiviti bertentangan undang-undang kerana berkaitan dengan salah seorang individu yang pernah berhadapan Akta Pengubahan Wang Haram.

Perkara itu tular menerusi satu akaun twitter baru-baru ini sekali gus menimbulkan pandangan serong di dalam kalangan orang terhadap kerja kebajikan yang dilakukan Uncle Kentang pada selama ini.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya