Tolak tawaran RM886,000 demi wakaf tanah ke masjid - Utusan Malaysia

Tolak tawaran RM886,000 demi wakaf tanah ke masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Seorang lelaki sanggup menolak tawaran sehingga ratusan juta rupiah daripada pengusaha hartanah yang mahu membeli tanahnya yang dikatakan terletak di kawasan strategik di Desa Muara Aman, Bukit Kemuning, Lampung Utara.

Sebelum 2014, Ismeth Faisol, 66, pernah didatangi beberapa individu yang berhajat membeli tanahnya dengan harga yang sangat lumayan.

Katanya, ada pihak yang menawarkan 3 bilion rupiah (RM886,000) bagi tanah seluas 17 hektar miliknya.

Jika tanah tersebut dijual, sudah tentu dia dapat membeli kereta mewah atau barangan berharga.

Namun jelasnya, semua itu tidak menjamin dirinya ketika di alam barzakh kelak.

Ismeth dan isterinya, Nur Hasbiah sebenarnya sudah merancang mewakafkan tanah itu untuk didirikan masjid agar pahalanya terus mengalir ketika dia meninggal dunia kelak.

“Saya dan isteri termotivasi untuk mewakafkan tanah ini supaya dibangunkan masjid dan hospital. Saya mahu ketika menemui Allah SWT nanti, ia dapat menjadi amal baik kami,” katanya kepada Suara.com.

Masjid al-Majid dibina oleh Yayasan Dompet Dhuafa pada 2018.

Masjid itu dikatakan tidak pernah lengang daripada dikunjungi umat Islam dan dijadikan tempat pengajian setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.