PRN Melaka: Rundingan kerusi PN akan dimuktamadkan - Utusan Malaysia

PRN Melaka: Rundingan kerusi PN akan dimuktamadkan

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rundingan kerusi antara semua parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mengakui perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 14 Oktober lalu.

“Dalam hal ini, Bersatu bersedia menghadapi PRN Melaka dengan melakukan persiapan sewajarnya memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka telah dibubarkan.

“MPT Bersatu mengambil maklum bahawa Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Melaka, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga merupakan Pengerusi PN Melaka dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PN Melaka telah pun mengatur strategi untuk menggerakkan seluruh kekuatan jentera akar umbi parti bersama parti-parti komponen PN bagi menghadapi pilihan raya ini,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, Hamzah berkata, Bersatu dan parti-parti komponen PN terus meningkatkan pelaksanaan program-program outreach sedia ada di kerusi-kerusi DUN Melaka.

“Ini bagi menyantuni rakyat antaranya inisiatif Gerai Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan baik daripada rakyat Melaka.

“Rundingan kerusi antara semua parti komponen PN akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Bersatu yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) bertanding tujuh kerusi DUN Melaka, namun hanya memenangi dua kerusi, manakala DAP bertanding lapan kerusi dan menang semuanya, PKR bertanding tujuh kerusi dan menang tiga, Amanah pula bertanding enam kerusi dan menang dua.

Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 28 kerusi ketika itu, tetapi hanya memenangi 13 kerusi, berbanding 21 kerusi yang dimenangi sebelum itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas PRN Melaka pada Isnin ini.

Ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali. 

Namun, sehari kemudian, Rauf selaku Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka membuat keputusan untuk membubarkan DUN.

Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan DUN Melaka ke-14. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya