Lelaki ditemukan lemas di Tasik Cyberjaya - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan lemas di Tasik Cyberjaya

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa di Tasik Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Misteri penemuan sebuah motosikal bersama telefon bimbit di tepi tasik di Taman Meranti Jaya di sini akhirnya terjawab apabila pemiliknya ditemukan lemas pagi ini.

 

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mayat mangsa dikenali sebagai P. Kumarasan, 39, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cyberjaya kira-kira 10 meter dari tebing tasik pada kedalaman 4.5 meter.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd. Shafizol Mohamad berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

 

Beliau berkata, pihaknya semalam menerima panggilan kecemasan oleh orang awam yang mendakwa kemungkinan ada kes lemas di tasik itu.

 

“Orang awam memaklumkan, mereka menemui sebuah motosikal yang diletakkan di tepi tasik itu sejak pagi semalam tanpa pemilik.

 

“Turut ditemukan bersama motosikal itu ialah sebuah telefon bimbit dan topi keledar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Katanya, susulan itu, siasatan polis kemudian mengesahkan bahawa motosikal itu milik seorang lelaki sebelum waris mangsa dihubungi bagi mendapatkan kepastian.

 

Mohd. Shafizol berkata, polis kemudian dimaklumkan oleh waris mangsa bahawa mangsa belum pulang ke rumah.

 

“Usaha kemudian dilakukan mencari mencari dan menyelamat mangsa di sekitar kawasan tasik berkenaan bermula malam tadi.

 

“Mayat mangsa ditemukan pagi ini selepas operasi mencari dan menyelamat bersambung hari ini,” katanya yang turut memberitahu seramai tujuh anggota dikerahkan bagi mencari mangsa di tasik berkenaan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya