“Rajin nak ikut solat, InsyaAllah bekalan untuk alam kubur daddy dan mommy nanti” -Amar Baharin - Utusan Malaysia

“Rajin nak ikut solat, InsyaAllah bekalan untuk alam kubur daddy dan mommy nanti” -Amar Baharin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Amar Baharin menitipkan rasa syukur terhadap Ilahi kerana cahaya mata sulungnya, Aqeef Anaqi kini rajin untuk mengikuti solat.

Menerusi entri Instagram, pelakon drama popular Jodoh-Jodoh Annisa itu memuat naik sekeping gambar anaknya yang dilihat memakai kopiah di kepala.

Sehubungan itu, Amar menzahirkan harapan dengan usaha didikan mereka dalam menerapkan keagamaan dalam kehidupan harian dapat menjadi bekalan di alam kubur kelak.

“Anak soleh daddy, Aqeef Anaqi ini rajin nak ikut solat di rumah nenek dia.

“InsyaAllah, bekalan untuk alam kubur daddy dan mommy nanti,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Amyra Rosli itu sempat meniupkan doa buat anak-anaknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah.

“Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah serta menjadi penghafal Al-Quran. Amin,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan rakan artis turut sama menitipkan doa buat cahaya mata mereka menjadi anak yang baik.

Selain itu, mereka juga mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut kerana berjaya mendidik anak-anaknya dalam menerapkan ilmu keagaamaan.

Sebagai Informasi, pasangan dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada bulan November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi,4 dan Ayra Arysaa, 1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya