Seleweng dana masjid: 9 ditahan - Utusan Malaysia

Seleweng dana masjid: 9 ditahan

ALEX Noerdin antara didakwa melakukan penyelewengan dana melibatkan pembinaan Masjid Sriwijaya, Palembang. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pejabat Peguam Negara atau Kejaksaan Agung (Kejagung) mendedahkan pembangunan Masjid Sriwijaya di Palembang menyebabkan negara kerugian sekurang-kurang­nya 130 bilion rupiah.

CNN Indonesia melaporkan, ini disebabkan projek tersebut didakwa terkait dengan ra­suah dan penyelewengan dana melibatkan sejumlah pegawai pemerintah wilayah termasuk bekas Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin.

“Penyimpangan itu meng­akibatkan kerugian kewangan negara berjumlah 130 bilion rupiah,” jelas Ketua Pusat Maklumat Undang-Undang Kejagung, Leonard Eben Ezer Simanjuntak.

Beliau memberitahu, salah laku rasuah berlaku ketika Pemerintah Wilayah Sumatera Selatan mengagihkan dana geran kepada Yayasan Wakaf Masjid Sriwijaya untuk pembinaan tempat ibadat.

Agihan itu dilakukan dalam dua kumpulan, iaitu pada 2015 menggunakan Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah (APBD) sebanyak 50 bilion rupiah dan diikuti APBD 2018 melibatkan 80 bilion rupiah.

“Anggaran dana agihan itu tidak sesuai dengan prosedur yang ditetapkan dalam undang-undang. Antaranya tidak didahulukan dengan penyerahan kertas cadangan dari Yayasan Wakaf Masjid Sriwijaya.

“Kemudiannya, yayasan itu tidak memiliki alamat di Palembang tetapi berpusat di Jakarta. Perkara lain adalah berkaitan dengan tanah yang digunakan untuk pembangunan masjid ternyata sebahagiannya masih dimiliki oleh penduduk setempat,” katanya.

Oleh itu, Pejabat Pendakwa mengesan tuduhan penyelewengan dana dan menamakan sejumlah suspek, termasuk Alex Noerdin.

Selain daripadanya, pendakwa juga menahan Timbalan Ke­tua Umum Jawatankuasa Olim­pik Indonesia (KOI), Muddai Madang dan bekas Ketua Badan Pengurusan Kewangan dan Aset Sumatera Selatan (BPKAD), Laonma Pasindak Lumban To­bing sebagai suspek.

Setakat ini, sembilan suspek disenaraikan dalam kes penyelewengan dana pembinaan masjid itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya