Bekalan vaksin tersedia bagi individu berubah fikiran - Utusan Malaysia

Bekalan vaksin tersedia bagi individu berubah fikiran

GURU KAFA yang hadir bagi menerima suntikan vaksin mendapat konsultasi dari petugas PPV ketika program vaksinasi khas bagi guru-guru KAFA, pegawai masjid, jurunikah di Selangor yang belum menerima vaksin di Dewan Syarahan Islam dan Muzakarah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,  Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) sedia bekerjasama untuk menyediakan bekalan vaksin dengan mana-mana jabatan atau institusi yang menganjurkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi individu enggan menerima vaksin Covid-19.

Ini kerana, JKNS memahami keperluan terhadap pemberian vaksin terutama kepada individu yang sebelum ini enggan menerima suntikan, namun berubah fikiran di saat-saat akhir terutama apabila banyak PPV berhampiran yang ditutup.

Malah orang ramai yang belum mendapatkan suntikan vaksin tidak perlu khuatir kerana bekalan vaksin masih mencukupi untuk memastikan kadar imuniti kelompok penduduk di sesuatu kawasan tercapai.

Pengarahnya, Datuk Dr. Sha’ri Ngadiman memberitahu, bekalan adalah tersedia untuk diedarkan terutama bagi memastikan tiada individu ketinggalan ketika lebih banyak lagi PPV ditutup.

“Kita bersedia memberi vaksin kepada mana-mana individu yang sepatutnya divaksin hari ini tetapi mereka enggan atas sebab tertentu pada masa depan.

“Mungkin mereka terbuka hati untuk menerima vaksin setelah melihat kesannya kepada kawan-kawan yang menerima vaksin hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad.

Terdahulu seramai 485 individu terdiri guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), pegawai masjid dan jurunikah dilapor diarahkan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya