Sebanyak 2.7 tan makanan haiwan dari Thailand dirampas

2.7 tan makanan haiwan dari Thailand dirampas

SEBAHAGIAN produk makanan haiwan yang dirampas Maqis Pulau Pinang di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam, Butterworth semalam selepas didapati cuba dibawa masuk tanpa permit import yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 2,700 kilogram makanan haiwan dari Thailand ke negara ini dalam pemeriksaan di Gudang Zon Bebas Dermaga Air Dalam, di sini semalam. 

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada operasi kira-kira pukul 4.30 petang itu, pihaknya menemukan pelbagai jenis makanan haiwan peliharaan tersebut yang bernilai kira-kira RM85,600. 

Sehubungan itu tambahnya, produk tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana didapati cuba dibawa masuk tanpa dokumen sah seperti Permit Import. 

“Kesemua barang dagangan tersebut adalah bertujuan untuk dipasarkan di negara ini,” katanya. 

Tambah kenyataan itu, perbuatan mengimport keluaran pertanian dan haiwan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). 

Jika sabit kesalahan jelasnya, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya