[VIDEO] Kompaun hampir RM5 juta menerusi Op Samar - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kompaun hampir RM5 juta menerusi Op Samar

AZMAN Adam (kanan) memeriksa buku daftar masuk pengunjung semasa menyertai Operasi Samar A342 di premis makanan sekitar Ayer 8, Presint 8 di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 945 notis kompaun berjumlah RM4,947,000 kepada individu dan premis kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, jumlah kompaun itu diperoleh menerusi operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akta 342 bermula 13 Mei hingga Isnin lalu.

Beliau berkata, antara kesalahan dikesan adalah kegagalan premis mempamerkan had kemasukan pelanggan, premis dan pelanggan tidak mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan gagal memakai pelitup muka.

“Tindakan kompaun serta-merta yang dikenakan adalah sebagai mesej kepada peniaga mengenai keseriusan dan komitmen KPDNHEP dalam melaksanakan Op Samar di seluruh negara.

“Berdasarkan statistik tersebut, pematuhan SOP dalam sektor perdagangan dan pengedaran boleh dikatakan berada di tahap memuaskan iaitu 98.79 peratus,” katanya ketika ditemui pada Op Samar di beberapa lokasi tumpuan ramai di Presint 8 dan 9 di sini, malam tadi.

VIDEO OLEH: UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR

Katanya, pihaknya menggerakkan 2,262 anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari.

Azman berkata, menerusi Op Samar, anggota penguat kuasa memakai pakaian preman termasuk melakukan penyamaran sebagai orang awam ketika menjalani pemeriksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya