Bomba Perak kenal pasti 43 lokasi kerap banjir - Utusan Malaysia

Bomba Perak kenal pasti 43 lokasi kerap banjir

AZMI OSMAN menunjukkan 'throw bag' yang digunakan dalam operasi menyelamat pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya, Ipoh, Perak,hari ini. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengenal pasti 43 lokasi yang sering dilanda banjir sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, bermula November ini hingga Mac tahun depan..

Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman berkata, lokasi di sembilan daerah itu melibatkan 11 kawasan di Kerian, Larut Matang Selama (10), Batang Padang (7), Hilir Perak (4), Kinta (3), Perak Tengah (3), Manjung (3), Hulu Perak (1) dan Muallim (1).

“Kita berkolaborasi dengan agensi lain misalnya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengenal pasti lokasi sering berlaku banjir dan paras bacaan air sungai manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula untuk mengetahui taburan hujan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kita juga telah mengarah ketua-ketua balai untuk mengenal pasti sungai-sungai dan parit kecil yang akan menyebabkan kejadian banjir,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JBPM Perak di Meru Raya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga bersiap siaga daripada aspek keanggotaan iaitu melibatkan seramai 1,140 pegawai dan anggota dengan dibantu 1,319 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan 170 anggota bomba bantuan.

Beliau berkata, dari segi logistik pula, sebanyak 61 buah bot, 14 kenderaan berat dan 151 aset logistik berada dalam keadaan baik dan bersedia digerakkan untuk operasi pada bila-bila masa.

Malah katanya, peralatan komunikasi juga telah dikemaskini dan diselenggara dengan baik dalam melancarkan operasi menyelamat.

“Kita juga telah mengenal pasti Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri bagi memastikan tiada kemerbahayaan di lokasi berkenaan dengan melakukan penyeliaan, akses keluar dan alat pemadam api,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya