Tanah runtuh hingga penutupan jalan Simpang Pulai tidak babitkan daerah Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Tanah runtuh hingga penutupan jalan Simpang Pulai tidak babitkan daerah Cameron Highlands

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kejadian tanah runtuh di kilometer 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hingga menyebabkan penutupan jalan itu tidak membabitkan daerah Cameron Highlands di negeri ini.

Sebaliknya, lokasi kejadian berkenaan berada dalam daerah Kinta, Perak akibat kegagalan cerun.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau kesal dengan beberapa hantaran dalam media sosial mengaitkan kejadian tanah runtuh itu adalah dalam daerah Cameron Highlands.

“Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia di tempat lain.

“Saya berharap dengan penjelasan ini, rakyat tidak terkeliru dengan apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanah tinggi Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laluan Persekutuan dari Simpang Pulai di sini ke Blue Valley, Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua trafik berikutan kejadian jalan runtuh di Kilometer 43.95 laluan berkenaan semalam, akibat hujan lebat berterusan.

Kejadian berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jalan Raya Simpang Pulai, melibatkan runtuhan jalan sepanjang kira-kira 30 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan bermula pukul 9 malam tadi.

Berikutan penutupan laluan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 iaitu Jalan Tapah ke Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya