Lelaki didakwa sebabkan 'kesakitan, penderitaan tidak perlu' terhadap katak - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa sebabkan ‘kesakitan, penderitaan tidak perlu’ terhadap katak

RALPH Wee Yi Kai didakwa kerana menganiaya katak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang dihadapkan ke mahkamah dua bulan lalu, kini didakwa menganiaya katak dengan meletakkan haiwan itu di permukaan meja foosball (bola sepak meja).

Berita Mediacorp melaporkan, dia menghentam haiwan itu dengan bola secara ‘laju dan kuat’.

Julai lalu, Ralph Wee Yi Kai didakwa atas tuduhan menceroboh dengan niat melakukan jenayah, selepas dengan sengaja memasuki sebuah kandang di Zoo Singapura pada 17 Disember tahun lalu dan memuat naik video melakukan aksi ‘backflip’ ke laman TikTok.

Lelaki itu kini didakwa dengan tuduhan sengaja menyebabkan ‘kesakitan dan penderitaan yang tidak perlu’ terhadap seekor katak pada 24 Disember tahun lalu di sebuah kediaman di Sentosa Cove.

Katak itu mengalami kecederaan selepas terkena bola tersebut dan mati, menurut dokumen-dokumen mahkamah.

Pada Rabu lalu, Ralph diheret ke mahkamah di mana ikat jaminnya sebanyak S$15,000 dibatalkan. Dia kini ditahan reman di Penjara Changi.

Pendakwa polis mengusulkan agar tiada ikat jamin diberikan kepadanya sambil menegaskan tertuduh sudah melanggar syarat ikat jamin apabila dia tidak menghadirkan diri bagi ujian air kencing di Biro Narkotik Pusat (CNB) yang sedang menantikan laporan tentang kemungkinan dia menyalahguna dadah.

Pendakwa itu turut mendedahkan CNB tidak dapat menghubungi tertuduh. Waran tangkap dikeluarkan terhadap tertuduh pada Isnin lepas.

Tertuduh akan kembali ke mahkamah pada 13 Oktober ini.

Dia kini berdepan dengan lima tuduhan secara keseluruhannya – satu tuduhan menceroboh dengan niat melakukan jenayah, tiga tuduhan berasingan melibatkan perbuatan nakal dan merosakkan harta benda awam dan satu tuduhan menyebabkan kesakitan dan penderitaan pada seekor katak.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan terakhir itu boleh dihukum penjara sehingga satu setengah tahun atau didenda sehingga S$15,000 atau kedua-duanya sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya