“Bukan abang sado, badan kena sihat” - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

“Bukan abang sado, badan kena sihat” – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuat naik status perkongsian mengenai kesihatan tubuh badan di Instagram miliknya.

Jelas penyanyi Asmara Ini, dia tekad untuk menurunkan berat badan tanpa bersenam.

“Jaga makan saja memang turun 30 kilogram tapi cuba tengok gambar yang tengah itu. Badan kurus, tapi lembik dan gemuk air. Tidak lama selepas itu, saya tekad untuk teruskan jaga makan sambil angkat berat dan buat kardio.

“Walaupun tidak selaju orang lain, saya tetap berusaha untuk kekal bersiplin. Dua perkara jadi gangguan, faktor usia nak masuk 44 tahun dan faktor sebagai Cef, setiap hari tetap kena rasa makanan yang saya masak dan bakar.

“Jadi progres tidak selaju yang saya harapkan. Namun progres tetap progres. Caranya? Jangan sasarkan sangat untuk turunkan berat semata-mata, badan kena sihat, otot kena ada, jangan jadi lembik macam agar-agar sirap,” katanya.

Katanya, perkongsian berkenaan bukan untuk jual produk, tapi untuk beri keyakinan.

“Saya pun macam anda semua, manusia biasa, bukan abang sado, bukan juga seorang manusia yang boleh makan sihat 24 jam. Ada masa curi makan berhari-hari, ada masa malas nak bersenam atau joging.

“Tapi, saya tetapkan sasaran untuk kekal sihat demi anak-anak, isteri dan keluarga. Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh kan?,” ujarnya yang bertanyakan padangan pengikut di IG.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat serta rakan selebriti memuji kesungguhan dan ketekunan Fazley dalam menyasarkan bentuk tubuh yang ideal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya