George Clooney bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

George Clooney bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Pengarah dan pelakon hebat Hollywood, George Clooney, 61, memilih untuk tidak cuma berpeluk tubuh dengan menyalurkan sumbangan kepada hampir 60 penduduk yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di Tasik Como, Itali baru-baru ini.

Menurut George, dia yang kebetulan berada di lokasi tersebut bersama isteri, Amal Clooney dan anak kembar mereka yang berusia 4 tahun mengambil peluang untuk menjenguk dan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

“Keadaannya lebih teruk dan kritikal berbanding apa yang saya fikirkan,”katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan oleh stesen televisyen Itali.

Selain itu, menurut sumber, pelakon tersebut memiliki sebuah kediaman yang dijadikan sebagai rumah rehat di kawasan tersebut dan difahamkan turut terjejas dalam bencana itu.

“Saya telah bercakap dengan Datuk Bandar dan ternyata memang banyak kerja-kerja membaik pulih perlu dilakukan. Selain itu, ia melibatkan sejumlah dana yang besar untuk melaksanakannya.

“Tetapi saya yakin, tempat ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini,”katanya.

Minggu lalu, Tasik Como dilaporkan mengalami hujan lebat dan ribut yang berterusan sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Dalam pada itu, menurut sumber,George juga turun padang membantu penduduk dengan kerja-kerja pembersihan.

“Dia sangat terkesan dengan musibah yang berlaku dan mengatakan akan cuba membantu apa yang terdaya. Kami di sini juga sedang mengambil langkah mengutip dana dan mungkin dia juga akan melakukan sesuatu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya