Tak dapat emak, anak pun jadi - Utusan Malaysia

Tak dapat emak, anak pun jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Pernikahan pasangan berbeza umur sering kali menjadi perhatian masyarakat.

Sama seperti kisah yang berlaku di Dusun Cippaga, Bontocani, Sulawesi Selatan, lapor Tribunnews.

Seorang wanita bergelar ibu menolak lamaran daripada lelaki berusia 58 tahun dan menawarkan anak perempuan sulungnya sebagai pengganti.

Pernikahan dengan jarak umur beza 39 tahun itu mendapat persetujuan daripada Ira Fazillah yang baru berusia 19 tahun.

Proses pernikahan berjalan lancar di hadapan penghulu kampung dengan mas kahwin 10 juta rupiah (RM2,900) serta tanah seluas satu hektar.

Lelaki yang bernama Bora itu merupakan bujang terlajak dan belum pernah bernikah dengan mana-mana perempuan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya