Video perarakan beramai-ramai bukan di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Video perarakan beramai-ramai bukan di Kuala Lumpur

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menafikan penularan satu video berdurasi 14 saat memaparkan perarakan beramai-ramai di sebatang jalan adalah protes #Lawan yang berlangsung pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, semakan polis mendapati, perarakan yang didakwa berlaku di Kuala Lumpur sama sekali bukanlah perhimpunan yang berlangsung pagi tadi.

Kata beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak sahih kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran masyarakat.

“Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan memandangkan ancaman pandemik COVID-19 yang masih melanda negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai protes yang berlangsung pagi tadi. Azmi memberitahu, kesemua individu yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Jelasnya, siasatan itu dilakukan setelah satu laporan polis diterima mengenai perhimpunan berkenaan pukul 3.04 petang tadi.

Ujarnya, jika cukup keterangan, individu-individu tersebut akan dikenakan tindakan kompaun di atas kesalahan di bawah Seksyen 21A Akta 342 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPB) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Pada mulanya, pihaknya telah mengesan penularan poster yang mengajak orang ramai untuk menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan semalam.

“Susulan daripada itu, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak Polis Kuala Lumpur yang menyatakan tiada sebarang perhimpunan yang dibenarkan kerana negara masih berada dalam tempoh PPM dan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan.

“Bagaimanapun, dianggarkan seramai 450 individu telah berkumpul di Dataran Masjid Jamek kira-kira pukul 10.30 pagi,”jelasnya.

Kata Azmi, kumpulan tersebut kemudiannya telah berarak melalui Jalan Tun Perak menuju ke Jalan Raja sambil membawa kain rentang yang ditulis ‘KITA MATI DALAM DERHAKA #KELUARDANLAWAN’, ‘Lawan Koruptor’ dan lain-lain lagi kira-kira 11.30 pagi.

“Bagaimanapun, perhimpunan berkenaan telah berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua jam,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya