40 individu ditahan bantu siasatan kes penderaan seksual - Utusan Malaysia

40 individu ditahan bantu siasatan kes penderaan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS: Seramai 38 lelaki dan dua wanita ditahan dalam operasi besar-besaran pihak polis bagi membantu siasatan kes penderaan seksual melibatkan sembilan kanak-kanak perempuan.

Lapor Mirror, Polis daerah Kirkless berkata, pihaknya akan berusaha keras bagi menegakkan keadilan buat mangsa.

Seramai 27 orang ditangkap di daerah ini, manakala, selebihnya di Bradford, Leeds dan Wakefield serta dua lagi di luar kawasan West Yorkshire.

Tangkapan itu merupakan sebahagian daripada Operasi Teeford dalam menjalankan siasatan berterusan terhadap sembilan mangsa di kawasan Dewsbury dan Batley antara 1989 hingga 1999.

Semua yang ditangkap sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu hasil siasatan.

Penyiasatan itu tiada kaitan dengan insiden serangan seksual kanak-kanak lain yang berlaku di Kirklees, baru-baru ini.

Ketua Inspektor Detektif, Ian Thornes berkata, melindungi kanak-kanak tetap menjadi keutamaan polis West Yorkshire.

“Penyiasatan berterusan ini menunjukkan usaha kami menyiasat semua laporan penderaan seksual kanak-kanak di Kirklees dan West Yorkshire, sama ada kejadian terkini atau beberapa tahun lalu.

“Fasa penangkapan ini berdasarkan penyiasatan sejak berbulan-bulan mengenai laporan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak perempuan di Dewsburry dan Batley antara 1989 hingga 1999,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya