Ribuan Rohingya terpaksa berpindah akibat banjir di kem pelarian - Utusan Malaysia

Ribuan Rohingya terpaksa berpindah akibat banjir di kem pelarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COX’S BAZAR: Ribuan etnik Rohingya di kem pelarian terpaksa berpindah akibat hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di Bangladesh.

Pentadbir daerah, Mamunur Rashid berkata, sekurang-kurangnya enam etnik Rohingya termasuk tiga kanak-kanak maut akibat bencana itu, manakala 15 warga Bangladesh terbunuh dan lebih 200,000 terkandas dalam banjir di Cox’s Bazar.

Seorang pelarian, Rokeya Begum berkata, bencana itu bagaikan mimpi ngeri buat dirinya.

“Saya tidak pernah lihat banjir seperti ini di kawasan kem sejak empat tahun lalu. Apabila air datang, tiada sesiapa di rumah yang boleh menolong.

“Saya bersendirian ketika itu dan sempat mengambil dokumen penting ke tempat selamat. Sekarang saya tinggal bersama keluarga lain,” luahnya.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) memaklumkan lebih 21,000 pelarian dilanda air banjir, sementara 4,000 kem musnah dan mengalami kerosakan.

Hampir sejuta etnik Rohingya tinggal bersesak-sesak dalam kem di daerah itu sekali gus menjadi kem pelarian terbesar selepas mereka melarikan diri daripada junta tentera Myanmar pada 2017. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya