Bertumbuk gara-gara tidak tahan dengar bunyi rakan mengunyah makanan - Utusan Malaysia

Bertumbuk gara-gara tidak tahan dengar bunyi rakan mengunyah makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mengunyah makanan sehingga mengeluarkan bunyi menjadi antara tabiat yang paling dibenci kebanyakan orang.

Tabiat itu menyebabkan dua rakan serumah bergaduh sehingga bertumbuk.

Kejadian tersebut berlaku di Burgess Hill di West Sussex dan polis dikerah ke lokasi bagi meredakan pergaduhan yang berlaku.

Perkara itu didedahkan oleh anggota polis, Darren Taylor menerusi Twitter.

“Dua rakan serumah dilaporkan bergaduh antara satu sama lain kerana seorang daripada mereka mengunyah makanan sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

“Polis terpaksa dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menyuraikan pergaduhan dan kedua-duanya mengemukakan dakwaan berkaitan mengunyah makanan,” tulis Taylor.

Sindrom sensitif bunyi selektif atau misophonia menyebabkan penghidapnya berdepan dengan tindak balas emosi terhadap beberapa jenis bunyi.

Antara bunyi yang sering menyebabkan tindak balas termasuk bunyi menghidu, duit syiling, anjing menyalak dan mengunyah makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya