Ismail Sabri perlu diangkat menjadi Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Ismail Sabri perlu diangkat menjadi Perdana Menteri

MUHAMMAD FAIZ HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sudah sampai masanya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik.

Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam cukup mendukacitakan. Pembatalan Darurat yang dibuat sebelum perkenan Yang di-Pertuan Agong amat mencabar dan membelakangkan kuasa Seri Paduka.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila Parlimen yang mulia dipermain dan dikelirukan sehingga mencemarkan institusi istana dan raja.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, kes Covid-19 dan kematian terus meningkat, ekonomi negara semakin teruk serta kehidupan rakyat semakin tertekan.

Katanya, walaupun Darurat dilaksanakan masih belum nampak tanda kejayaan walaupun pelbagai usaha yang telah dan cuba dilakukan oleh kerajaan.

Jelasnya, kerajaan yang ada pada ketika ini perlu dikekalkan kerana belum sampai masanya untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Ia atas faktor wabak pandemik Covid-19 dan majoriti rakyat belum bersedia untuk keluar mengundi memandangkan apa yang paling utama pada rakyat ketika ini adalah kelangsungan hidup dan sara hidup mereka yang perlu diberikan keutamaan.

“Apa yang terbaik ketika ini adalah Perdana Menteri berundur secara terhormat dan memberi laluan kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Saya yakin, Timbalan Perdana Menteri yang datang daripada UMNO yang mempunyai kerusi terbanyak dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) mampu membawa negara dan kerajaan ke arah yang lebih baik di samping menyelesaikan masalah Covid-19, ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya